Mengenai Kami


Koperasi Nilam Kuching Berhad (KNKB) adalah sebuah koperasi milikan bumiputera yang baru berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan mempunyai nombor pendaftaran Q-4-0795. KNKB telah diluluskan penubuhannya oleh pihak SKM dan telah mengadakan mesyuarat agung yang pertamanya pada 24 Julai 2010. Mesyuarat agung tersebut telah dihadiri oleh wakil pihak SKM beserta ahli-ahlinya bertempat di Dewan Serbaguna, SK Encik Buyong dan disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, YBhg. Tuan Hj. Mohd Atei Abg Medaan.
Matlamat koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Fungsi koperasi ini ialah pengguna. Bagi mencapai matlamat dan fungsi koperasi ini, aktiviti utama KNKB ialah :
·         menjadi pemborong barang  – barang pengguna untuk anggota koperasi dan  penduduk setempat;

·         menjalankan pasar mini untuk anggota koperasi dan penduduk setempat.

Koperasi Nilam Kuching Berhad (KNKB) telah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan sebagai pemborong minyak masak, tepung gandum dan gula. KNKB juga telah dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Pusat Pengedaran (DC) bagi koperasi – koperasi zon Sarawak dimana  kami berperanan sebagai pengedar yang menjual serta mengagihkan barang-barang perlu kepada koperasi-koperasi di sekitar Sarawak, terutamanya zon Selatan. 




BARISAN LEMBAGA PENGARAH 
KOPERASI NILAM KUCHING BERHAD



BARISAN PENGURUSAN 
KOPERASI NILAM KUCHING BERHAD